8.30am: azam! cepat!!
Terus aku bergegas bersiap2 dan berkejar keluar. Bun, Farabi dan Muzakir dah sedia menunggu. enjin kereta terus dihidupkan, dan semua sudah bersedia utk berjumpa pakcik wong pagi itu.
pakcik wong; muslim berbangsa cina, sudah 8 tahun dia kembali kepada Islam, dalam keadaan yang miskin. dia sudah berkeluarga, seorang isteri dan 2 org anak. seorang sudah 2 tahun, seorang masih dalam kandungan. anaknya sebelum ini dilaporkan menhidap jantung berlubang dan kekurangan enzim G6PD; enzim yang penting dlm mengekalkan komposisi hemoglobin dlm darah. pembedahan RM32k itu dilangsaikn sepenuhnya oleh persatuan buddha.
persoalan oh tanda tanya..
peserta muslimat sedia menunggu di CF Sister. Ramai juga. Lebih ramai drpd peserta lelaki, pastinya. Shahid dgn RXZ muncul dan sibuk2 menguruskn perjalanan peserta2 menaiki bas. Lebih kurang pukul 9 kami bertolak dgn 3 buah kereta, sebuah bas dan sebuah motosikal RXZ.
Jalan Wong Ah Jang. Kawasan perumahan sederhana. Ada rumah batu, ada rumah papan. Kedatangan kami disambut mesra oleh Encik Ridhuan Wong dgn senyuman dalam pandangan suram jiran2. rumah teres. 3 bilik mungkin.
aktiviti pagi di rumah pakcik Wong kami mulakan dgn marhaban. Bergema seketika rumah itu dgn puji-pujian kepada Allah dan rasulNya. Kemudian sesi bersembang mesra dgn tuan rumah. Mulalah kisah hidup pakcik Wong yang sangat sedikit dapat memahmi.
Lahir dalam keluarga yang miskin di sebuah kampung di Pekan, Pahang. Membesar dgn bilangan adik-beradik yg ramai, namun masih sukar utk melepaskn diri daripada kekangan kemiskinan. dewasanya hidup menyindiri, dalam pondok yg tidak layak dipanggil rumah; tinggi 10 kaki, dan luas tidak lebih daripada bilik tidur kebanyakan rumah. Bekerja setiap hari dengan memungut sampah2 dan barang2 yg tidak digunakan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia merasakan cukup dgn keadaan sebegitu, sekadar meneruskan hidup. Keadaan begitu tidak lama, sehingga didatangkan kepadnya seorang perempuan kepadanya, yang akhirnya dijadikan isteri. Perempuan itu adalah janda beranak tiga. Nasibnya malang apabila hidup dgn bekas suaminya yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. 2 org anaknya dijual, dan memiliki 3 lagi isteri yg lain. Berkahwin dgn pakcik Wong sudah jauh lebih baik drpd apa yg telah dilalui.
Memeluk Islam dgn hati terbuka 8 tahun yg lalu. Hidupnya dimudahkan lg dgn kehadiran sultan pahang. pondok kecil itu ditinggalkn, dan kini hidupnya selesa dgn rumah yg sewanya dibayar oleh org yg dirinya sendiri tidak tahu. semasa kehadiran sultan, dia sgt takut andai dirinya diapa-apakan. sultan ketika itu memarahi wakil2 politik dan pihak berwajib tempatan atas kecuaian membiarkn ada org yg sgt miskin hidup dlm pondok kecil.
Kesabaran pakcik Wong diuji lagi dgn kesakitan anaknya. Saudara seakidah tidak sudi menghulurkan bantuan, datanglah persatuan Buddha membiayai pembedahan. Dia hanya tidur di kaki lima sepanjang proses pembedahan anaknya di Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, Muhammad Ali kini sudah mula pandai berjalan sendiri. Dan Alhamdulillah, akidah Pakcik Wong masih dipelihara Allah.
Walaupun pada raut wajah dan tubuhnya jelas menggambarkan kelelahan mengharungi hidup seharian, namun Pakcik Wong tidak sekali mengeluh dgn jalan kehidupan yg dilalui. Senyuman terus terukir tanpa rasa berat memikirkan kesempitan hidup. Bagi aku, pengorbanan pakcik Wong walau tidak masyhur, tetapi sangat besar; menyelamatkan hidup seorang perempuan, mengislamkan keluarga. Subhanallah, setiap kesakitan dan kepedihan dibayar mahal oleh Allah. Tambah pula dengan usia akidahnya yang hanya 8 tahun. Berbanding dengan aku yg sudah 22 tahun mengenal Islam; apa sangat yang telah aku lakukan utk agamaku.
Setelah memberi sumbangn, kami bersalaman dan mengucapkan selamt tinggal kepada keluarga pakcik Wong. Niatku, utk berziarah lg ke rumah kecil ini di bulan Ramadan dan Syawal. Rasulullah juga org miskin dan sentiasa berdoa utk hidup dlm kemiskinan. Mengapa tidak aku membantu org2 miskin sekurang-kurangnya, sedang aku tidak mampu utk hidup seperti mereka.
Ahad, 8 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


2 ulasan:
1st expectation : ke rumah pak cik wong kerana anaknya sakit haemoglobin tuh.
bila persatuan buddha biaya pembedahan tuh, tertanya2 jugak mana persatuan yang menjaga kebajikan org Islam, esp muallaf. hmm.
azam, nak gi ziarah pakcik riduan ni lagi nanti ajak ana sama ya. Ni no ana, 0136247661.
Catat Ulasan