Sabtu, 22 Mei 2010

KONVENSYEN GERAKAN ISLAM

22 MEI 2010: Kancil bergerak laju merentasi DUKE buat yang ke-entah berapa kali-nya ke hotel De Palma, Ampang. Hari ini menjadi kali kedua ke hotel tersebut. Kali pertama ke sana menghadiri program percuma SPIES belia anjuran kerajaan negeri selangor pada 2009.

Tetapi kali ini untuk program yang lain: konvensyen gerakan islam dan demokrasi. Kehadiran yang sangat memberangsangkan-peserta memenuhi dewan seingga memaksa krew program menambah kerusi di bahagian belakang. Ya, pastinya program yang hebat!

Manakan tidak, program ini dirasmikan oleh Ust Nasruddin Hasan Tantawi dengan dihadiri oleh 3 panel yang bukan calang-calang; Dr. Zuhdi Marzuki, En. Nabil Fauzi dan Prof. Dr. Redzuan Othman. Setiap panel masing-masing membincangkan keadaan politik, cabaran terhadap gerakan Islam dan halatujunya. Yang menariknya, kupasan isi adalah terhadap 3 negara yang berbeza iaitu Malaysia, Indonesia dan Turki.
Antara lain perkara yang dibincangkan oleh panel pertama ialah tentang sitem demokrasi di negara2 Islam. Sistem demokrasi walaupun pada dasarnya adalah sistem jahiliyyah, namun sistem ni dikatakan memberi ruang dan peluang yang besar kepada gerakan Islam untuk membawa Islam itu sendiri. Tentang hakikat pelbagai helah yang dan cabaran terpaksa dihadapi oleh gerakan Islam melalui sistem ini, panel berkata tiada satu sistempun yang bebas dari sebarang helah dan cabaran untuk gerakan Islam selagi imperialis barat berkuasa di mata dunia. Buktinya, sistem ketenteraan di Indonesia dan Afghanistan tidak dapat berdiri teguh. Dalam demokrasi, panel memberi contoh bagaimana 'civil society' mampu menjadi kuasa pendesak yang kuat walaupun dalam bilangan yang kecil lantaran sistem yang digunakan. Gerakan Islam justeru diseru untuk menggunkan ruang ini - penggabungan dengan 'civil society' yang bukan anti Islam. Gerakan Islam juga dilihat seharusnya membawa bersama isu2 global seperti hak asasi kemanusiaan dan alam sekitar. Panel seterusnya menyatakan betapa pertembungan antara dunia Islam hanya mendatangkan kerugian. Contohnya, pertumbangan antara salafi dan khalaf yang munculnya bermusim. Hizbul muslimin umpamanya, mampu menyatukan golongan tua dan muda, seharusnya dijadikan contoh. Panel akhirnya menyimpulkan, melalui demokrasi, negara barat dapat menerima sistem ekonomi Islam, maka mengapa tidak sistem yang lainnya. Maka kita perlu berusaha untuk implementasi sistem lainnya bermula sistem poltik Islam.

Dari gerakan ke negara, panel kedua membincangkan gerakan Islam dan demokrasi di Indonesia. Katanya, PKS semakin utuh dengan membawa ketengah isu2 nasional. Apa yang menarik perhatian adalah PKS sendiri banyak menggunakan tenaga pemuda dan mahasiswa sepertimana permulaannya.

Panel ketiga membincangkan tajuk dari perspektif negar turki. Negara turki sememangnya sudah popular dengan sekularismenya namun belum lagi popular dengan Islamismenya dewasa ini. Menurut sejarah, 1924 bermula pembikinan negara kemalisme dengan kejatuhan khilafah Islamiyyah. Kejayaan mustafa kemal terserlah dengan pengisytiharaan negara turki sebagai negara sekular dalam perlembagaannya pada 1937. Cukup dengan pengharaman pemakaian tudung dan azan dalam bahasa arab utk menunjukkan kritikalnya sekularisme di turki. Kejayaan ini antara lain adalah dengan penguasaan sistem pendidikan. Pengalaman panel sendiri pernah melawat negara berkenaan lebih kurang sepuluh tahun yang lalu dan mendapati lambakan masjid di satu bandar sehingga dipanggil 'bandar 1000 menara', namun kehadiran jemaah di masjid untuk solat subuh hanya 5 orang. Berbeza keadaannya pada hari ini, yang mana kehadiran ke masjid untuk solat Subuh adalah sebanyak kehadiran solat Jumaat. Panel katanya terpaksa meletak kereta sejauh 1 km dan berjalan ke masjid kerana ramainya kereta ahli jemaah masjid meletakkan kenderaan mereka untuk solat subuh.

Antara faktor kejayaan Islamisme di Turki adalah sistem politiknya. Politik di Turki tidak seperti 'stabil'nya politik di Malaysia lantaran lambakan parti di negara tersebut. Kerajaan negara adalah kerajaan campuran. Kalau di Malaysia orang yang memperjuangkan Islamnya sering ber'gaduh' dan memenangkan golongan politik yang lain, di turki golongan liberal yang bercakaran sesama sendiri sehingga memenangkan gerakan Islam. Gerakan Islam mengalami jatuh bangkitnya untuk memenangi hati rakyat. Spertimana Indonesia, parti Islam di Turki juga mendapat kemenangan dengan menengahkan isu bersifat nasioanal. Bermula dengan CHP dan kini AKP, parti Islam akhirnya berjaya memerintah turki melalui demokrasi negara tersebut dan mula menghakis unsur2 sekular di negara berkenaan.

Diskusi yang sangat menarik tetapi sayang berlalu dalam masa yang singka. Ust Ridhwan Mohd Noor, pengarah program berjanji utk mengadakan konvensyen siri yang seterusnya sebagai wacana ilmiah ahli gerakan Islam.

Apa yang menjadi persoalan di minda penulis ketika ini ialah, jikalau kita menguasai negara dengan membawa ketengah isu-isu masyarakat, tetapi tidak dapat mempengaruhi rakyat tentang keindahan Islam, adakah matlamat kita tercapai?
Saya pasti semua mempunyai pendapat masing2.

Konklusinya, sistem demokrasi di negara Islam adalah sistem yang relevan yang boleh digunakan oleh gerakan Islam di seluruh dunia sebagai wasilah untuk membawa Islam di mata dunia.

4 ulasan:

najibah berkata...

terbaik.

terima kasih atas perkongsian

salam ziarah

Ashcroftstylus Az berkata...

Ana suka persoalan abg azam,


sebab itu, kita ,esti mengetengahkan isu2 masyarakat, ataw pun senangnya,kita harus wajib mesti memahami sains sosial dan kaitan mesayarakat amnya.

ust hasrizal dalam solusi 19 ada mengatakan, kajian2 yg dilakukan sekarang. banyk tidak bersangkutan dgn kehendak masyarakat. iaitu ia seolah-olah kosong. jadi ia disimpulakan tidak menarik masyarakat.

Nurturing The Ummah berkata...

terbaik. Menanti ketibaan anta di kuantan :)

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA