prolognya menceritakan serba-serbi tentang novel 'The Da Vinci Code' karya Dan Brown yang berjaya menggemparkan dunia Kristian Katolik dan Vatikan. Betapa tidak, jualan novel kontroversinya yg akhirnya menempatkan beliau ditangga keenam di atas penulis novel Harry Potter; J.K.Rowling,tlh memaksa pendokong gereja katolik untuk menulis dan memperbetulkan spekulasi yg dibuat Dan Brown menerusi novelnya; dikhuatiri ramai penganut kristian akan terpersong.
tentu sekali fakta ttg nicea councilmenjadi perhatian. Nicea Council adalah kaunsel yg diadakan bg membincangkn perkara2 penting dalam doktrinisasi kristian. Nama nicea diambil sempena tempat diadakan perbincangan tersebut. Kaunsel yg menyaksikan perdebatan hebat ini walaubagaimanapun tidak dihadiri oleh paus sylvester, paus kristian ketika itu. Perdebatan antara dua puak iaitu unitarian dan trinitarian telah membabitkan beberapa perkara penting tentang akidah kristian termasuk ketuhanan Jesus. unitarian berpegang kepada keesaan Tuhan dan jesus sebagai pesuruhNya manakala Trinitarian menyokong Jesus sebagai anak tuhan dan wujudnya bapa tuhan dan ruhul qudus yang sehingga kini tidak dapat dijelaskan secara logik. Kaunsel yg dikuasai puak pagan telah dimenangi oleh puak trinitas dan mereka telah memilih 4 kitab injil manakala lebih 200 kitab yg lain dibakar dan dilupuskan termasuk barnabas dan pilip yang diceritakan dalam Da Vinci Code. Fakta ini jelas mampu menggoyahkan aqidah seorang kristian.
fakta lain adalah berkaitan marie magdalene yg disebut Dan Brown sebagai isteri Jesus. Marie magdalene pada asalnya dipercayai kristian sebagai seorang pelacur dan perempuan murahan. Namun, fakta marie magdalene sbg pelacur hanya diambil drpd ucapan Paus Gregory pd 591M dan bukan drpd mana2 kitab bible. marie magdalene bagaimanapun muncul ketika waktu2 penting dlm sejarah jesus; ketika jesus di salib dan dia sbg orang pertama yg melihat kebangkitan kedua jesus. kepercayaan marie magdalene sbg isteri jesus jelas bertentangan dgn dogma asal kristian; yang mana mereka percaya bhw kebangkitan semula jesus adlh bhgn penting dlm doktrinisasi kristian.namun, dan brown bertindak mengatakan marie magdalene adlh isteri jesus berdasarkan kitab pilip dan lukisan Da Vinci, dan holy grail adlh darah keturunan jesus yg menjadi rahsia yg dipelihara oleh kesatria templar.
krisis jantina juga berlaku apabila umat kristian berpegang pd pewaris gereja hendaklah seorang lelaki.Namun, dan brown mengatakan marie magdalene tlh mewarisi gereja di perancis stlh jesus disalib. apatah lg selama ini umat kristian percaya bahawa gereja jesus telah diwariskan kepada st peter yg didirikan di rome, bukannya marie magdalene.
the da vinci code juga menyatakan bahawa vatikan selama ini tlh menyokong aktiviti opus dei yg secara mudah membunuh utk mencapai matlamat dan menjalankan ritual khusus iaitu menggunakan cilice utk mendekatkan diri kepada jesus
namun demikian, buku hasil nukilan rizki ridyasmara ini bukan membongkar fakta dlm karya dan brown tersebut, tetapi membongkar fakta di luar novel the da vinci code; fakta2 yg banyak mencorak sejaraj dunia abad2 yg lalu.


0 ulasan:
Catat Ulasan