Jumaat, 27 November 2009

berkorban apa saja~

Sebenarnya, kalaupun kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. menjadi tajuk khutbah aidil adha lagi tahun ni, aku tak kisah. Pengorbanan yang ekstrem, tak pernah jemu untuk didengari. Lagi-lagi bila baca surah as-Saffat; kisah indah disulam dgn balaghah yg menarik menambah iman dan minat membacanya. Sungguh, kalam Allah, itulah yg paling afdhal.

konsep

pergilah ke mana-mana usrah dan kuliah, jihad dan pengorbanan sentiasa menjadi tema tumpuan. nak berubah kena ada pengorbanan. nak maju kena ada pengorbanan.nak ilmu pun kena ada pengorbanan.

no pain, no gain.

Rasulullah s.a.w. bertarung nyawa bila hendak membawa Islam ke seluruh alam. Perjalanan ke Taif, hijrah ke Madinah, perang uhud dan dakwah secara sembunyi memperlihatkan pengorbanan demi pengorbanan yg dilakukan oleh Rasulullah untuk umatnya. Setiap daie dibentangkan dengan ujian yg berkehendakkan kepada pengorbanan. Nabi Adam diuji dgn buah khuldi, akhirnya dipisahkan dgn Hawa. Nabi Nuh diuji dgn keluarga; yg akhirnya derhaka dan terpaksa ditinggalkan sehingga terlanjur menuntutnya dari Allah. Siapa tak sayang anak isteri? Ummu Musa diuji utk meninggalkan anak yg masih kecil. Allah s.w.t. memberi tarbiyah kpd mereka yg disayangiNya. Mengapa tidak kita menerima?

Pegorbanan seorang bapa

hampir setiap bulan, ada sahaja senior2 yg naik pelamin. tidak ketinggalan juga junior2 mahupun rakan sebaya. hidup baru membawa tanggungjawab yg baru. Apapun tahniah kepada yg sudah bergelar suami dan bapa.

Khutbah aidil adha kali ini ketengahkan isu umat dan peranan masyarakat menenganinya. Antara quote yg terkesan:

"Bapa terbahagi kepada tiga kategori: 1) Bapa yg terlalu garang, sehingga menyakiti, memberi tekanan yg besar kpd anak dan akhirnya membawa konsekuensi negatif. 2)Bapa yang dayus, yg tidak berbuat apa apabila anak dan isterinya tidak menutup aurat dan melakukan maksiat. dan jadilah bapa yg 3)bapa yg bersederhana, yg mengajar anak isterinya dan menjadi pagar pengawal amal budi mereka."

Justeru, tanggungjawab sbg bapa sangat memerlukan pengorbanan, untuk melahirkan anak sepatuh Nabi Ismail; memerlukan kesabaran bapa sekental Nabi Ibrahim.

Pemimpin dan pengorbanan

A leader have to give up to go up

Realiti seorang pemimpin: semakin tinggi nilai kempimpinannya, semakin sedikit hak baginya tetapi semakin besar pengorbanan yg perlu dilakukan.

Teringat kisah pemain golf negara; pelajar di sekolahku yg pernah muncul dlm rancangn MILO. Sempat ustazku ditemu ramah dlm rancangn tersebut. Bapa pelajar tersebut telah banyak berkorban utk latihan golf anaknya, sehinggakan pernah menjual kereta utk tujuan itu. Hasilnya, pelajar tersebut menjadi wakil Malaysia memenangi pingat emas dlm perlawanan2 antarabangsa.

Rasulullah sentiasa mnjadi cth terbaik dlm hal ini. Siapa tak ingat dgn perjanjian berat sebelah peristiwa pembukaan kota Mekah. Dlm perjanjian ini, bukan Rsulullah sahaja yg berkorban, malah turut dirasai oleh semua sahabar r.a. Lebih besar pengorbanan, lebih besar hasilnya.

Begitu juga dgn Martin Luther King Jr. Pengorbanan yg dilakukan sehingga beliau telah melupakan dunia dan hak dirinya sendiri.



Berkorban? Pasti!


0 ulasan: