Selasa, 14 Jun 2011

The first war has ended

14 Jun 2011. Berakhirnya perang pertama bagi aku, dan semua pelajar tahun1 Kuliyyah Perubatan UIAM. Satu perjalanan yg panjang dan memenatkan, tetapi sarat dgn memori dan pengalaman yg berharga.

Perang. Analogi yg sgt sesuai dgn perjalanan kami. Nama Zenith14 menunjukkan betapa kelas tahun 1 MBBs bukan sekadar kelas, tetapi lebih drpd itu. Kami adalah satu keluarga. Kami adalah satu platun yg berjuang bersama-sama melalui blok2 utk mendapatkan penamatan yg baik.

Perang adlh perjuangan yg sukar dan pengalaman yg tidak mungkin dpt dilupakan. Betapa tidak, pada waktu peperangan lah sgla nilai kemanusiaan diuji. Nilai akhlak akan diuji. Nilai ukhwah akan diuji. Di manakah pergantungan kita sewaktu peperangan? Apakah tindakan kita apabila diserang; menyelamatkan nyawa sendiri atau proaktif mencari jalan utk menyelamatkan satu kumpulan? Belajar medik itu mudah, ttp idak semudah yg disangka. Belajar medik juga susah, ttp kesusahan yg sentiasa ada jalan keluarnya. Oleh sbb itu, kta sentiasa memerlukan pertolongan. Hidup sendirian bukan lagi satu pilihan. Dalam peperangan ini, kekuatan persahabtan elemen penting, kerana lumrah hidup manusia yg sentiasa perlu utk hidup dlm kumpulan. Kekuatan itu dlm berjemaah. Justeru, dlm ikatan ukhwah inilah yg membuatkan kita terus kehadapan.

Hargai segala masa yg ada. Raikan setiap runag dan peluang. Perjalanan ini sukar, kerana belajar medik bukan satu2nya matlamat. Dgn disibukkan dgn aktiviti kepimpinan dan kemasyarakatan, masa lapang bagai terus lenyap dr kamus hidup. Namun, tidak bererti hidup ini sesuatu yg mendukactakan. Setiap kesibukan pasti boleh dihargai dgn sedikit senyuman, gurau senda dan keseronokan.

Sunnah berperang, tidak semuanya selamat hingga perang tamat. Ada yg terkorban. Ramai yg cedera. Dan sekurang-kurangnya pasti ada calar luka. Inilah kesan2 perjuangan. Inilah bukti2 pengorbanan. Biarkan ia jadi memori utk semangat di hari yg akan datang. Terkorban bukan erti kekalahan, kerana kekalahan bukan satu pilihan. Trsungkur tidak bererti mundur, tetapi titik tolak utk lonjakan yg lebih hebat di masa akan datang.

Sungguh, Rasulullah dan sahabat melalui siri2 peperanagan tanpa gusar dan jemu. Nenek moyang kita berperang dgn penjajah utk hari ini yg lebih bebas dan maju. Maka, kita harus terus membawa roh peperangan ini utk terus mara kehadapan, kerana peperangan, baru hanya di permulaan.



End of year 1. 2010/2011.

Ahad, 8 Ogos 2010

Pakcik Wong

8.30am: azam! cepat!!

Terus aku bergegas bersiap2 dan berkejar keluar. Bun, Farabi dan Muzakir dah sedia menunggu. enjin kereta terus dihidupkan, dan semua sudah bersedia utk berjumpa pakcik wong pagi itu.

pakcik wong; muslim berbangsa cina, sudah 8 tahun dia kembali kepada Islam, dalam keadaan yang miskin. dia sudah berkeluarga, seorang isteri dan 2 org anak. seorang sudah 2 tahun, seorang masih dalam kandungan. anaknya sebelum ini dilaporkan menhidap jantung berlubang dan kekurangan enzim G6PD; enzim yang penting dlm mengekalkan komposisi hemoglobin dlm darah. pembedahan RM32k itu dilangsaikn sepenuhnya oleh persatuan buddha.

persoalan oh tanda tanya..

peserta muslimat sedia menunggu di CF Sister. Ramai juga. Lebih ramai drpd peserta lelaki, pastinya. Shahid dgn RXZ muncul dan sibuk2 menguruskn perjalanan peserta2 menaiki bas. Lebih kurang pukul 9 kami bertolak dgn 3 buah kereta, sebuah bas dan sebuah motosikal RXZ.

Jalan Wong Ah Jang. Kawasan perumahan sederhana. Ada rumah batu, ada rumah papan. Kedatangan kami disambut mesra oleh Encik Ridhuan Wong dgn senyuman dalam pandangan suram jiran2. rumah teres. 3 bilik mungkin.

aktiviti pagi di rumah pakcik Wong kami mulakan dgn marhaban. Bergema seketika rumah itu dgn puji-pujian kepada Allah dan rasulNya. Kemudian sesi bersembang mesra dgn tuan rumah. Mulalah kisah hidup pakcik Wong yang sangat sedikit dapat memahmi.

Lahir dalam keluarga yang miskin di sebuah kampung di Pekan, Pahang. Membesar dgn bilangan adik-beradik yg ramai, namun masih sukar utk melepaskn diri daripada kekangan kemiskinan. dewasanya hidup menyindiri, dalam pondok yg tidak layak dipanggil rumah; tinggi 10 kaki, dan luas tidak lebih daripada bilik tidur kebanyakan rumah. Bekerja setiap hari dengan memungut sampah2 dan barang2 yg tidak digunakan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia merasakan cukup dgn keadaan sebegitu, sekadar meneruskan hidup. Keadaan begitu tidak lama, sehingga didatangkan kepadnya seorang perempuan kepadanya, yang akhirnya dijadikan isteri. Perempuan itu adalah janda beranak tiga. Nasibnya malang apabila hidup dgn bekas suaminya yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. 2 org anaknya dijual, dan memiliki 3 lagi isteri yg lain. Berkahwin dgn pakcik Wong sudah jauh lebih baik drpd apa yg telah dilalui.

Memeluk Islam dgn hati terbuka 8 tahun yg lalu. Hidupnya dimudahkan lg dgn kehadiran sultan pahang. pondok kecil itu ditinggalkn, dan kini hidupnya selesa dgn rumah yg sewanya dibayar oleh org yg dirinya sendiri tidak tahu. semasa kehadiran sultan, dia sgt takut andai dirinya diapa-apakan. sultan ketika itu memarahi wakil2 politik dan pihak berwajib tempatan atas kecuaian membiarkn ada org yg sgt miskin hidup dlm pondok kecil.

Kesabaran pakcik Wong diuji lagi dgn kesakitan anaknya. Saudara seakidah tidak sudi menghulurkan bantuan, datanglah persatuan Buddha membiayai pembedahan. Dia hanya tidur di kaki lima sepanjang proses pembedahan anaknya di Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, Muhammad Ali kini sudah mula pandai berjalan sendiri. Dan Alhamdulillah, akidah Pakcik Wong masih dipelihara Allah.

Walaupun pada raut wajah dan tubuhnya jelas menggambarkan kelelahan mengharungi hidup seharian, namun Pakcik Wong tidak sekali mengeluh dgn jalan kehidupan yg dilalui. Senyuman terus terukir tanpa rasa berat memikirkan kesempitan hidup. Bagi aku, pengorbanan pakcik Wong walau tidak masyhur, tetapi sangat besar; menyelamatkan hidup seorang perempuan, mengislamkan keluarga. Subhanallah, setiap kesakitan dan kepedihan dibayar mahal oleh Allah. Tambah pula dengan usia akidahnya yang hanya 8 tahun. Berbanding dengan aku yg sudah 22 tahun mengenal Islam; apa sangat yang telah aku lakukan utk agamaku.

Setelah memberi sumbangn, kami bersalaman dan mengucapkan selamt tinggal kepada keluarga pakcik Wong. Niatku, utk berziarah lg ke rumah kecil ini di bulan Ramadan dan Syawal. Rasulullah juga org miskin dan sentiasa berdoa utk hidup dlm kemiskinan. Mengapa tidak aku membantu org2 miskin sekurang-kurangnya, sedang aku tidak mampu utk hidup seperti mereka.

Sabtu, 22 Mei 2010

KONVENSYEN GERAKAN ISLAM

22 MEI 2010: Kancil bergerak laju merentasi DUKE buat yang ke-entah berapa kali-nya ke hotel De Palma, Ampang. Hari ini menjadi kali kedua ke hotel tersebut. Kali pertama ke sana menghadiri program percuma SPIES belia anjuran kerajaan negeri selangor pada 2009.

Tetapi kali ini untuk program yang lain: konvensyen gerakan islam dan demokrasi. Kehadiran yang sangat memberangsangkan-peserta memenuhi dewan seingga memaksa krew program menambah kerusi di bahagian belakang. Ya, pastinya program yang hebat!

Manakan tidak, program ini dirasmikan oleh Ust Nasruddin Hasan Tantawi dengan dihadiri oleh 3 panel yang bukan calang-calang; Dr. Zuhdi Marzuki, En. Nabil Fauzi dan Prof. Dr. Redzuan Othman. Setiap panel masing-masing membincangkan keadaan politik, cabaran terhadap gerakan Islam dan halatujunya. Yang menariknya, kupasan isi adalah terhadap 3 negara yang berbeza iaitu Malaysia, Indonesia dan Turki.
Antara lain perkara yang dibincangkan oleh panel pertama ialah tentang sitem demokrasi di negara2 Islam. Sistem demokrasi walaupun pada dasarnya adalah sistem jahiliyyah, namun sistem ni dikatakan memberi ruang dan peluang yang besar kepada gerakan Islam untuk membawa Islam itu sendiri. Tentang hakikat pelbagai helah yang dan cabaran terpaksa dihadapi oleh gerakan Islam melalui sistem ini, panel berkata tiada satu sistempun yang bebas dari sebarang helah dan cabaran untuk gerakan Islam selagi imperialis barat berkuasa di mata dunia. Buktinya, sistem ketenteraan di Indonesia dan Afghanistan tidak dapat berdiri teguh. Dalam demokrasi, panel memberi contoh bagaimana 'civil society' mampu menjadi kuasa pendesak yang kuat walaupun dalam bilangan yang kecil lantaran sistem yang digunakan. Gerakan Islam justeru diseru untuk menggunkan ruang ini - penggabungan dengan 'civil society' yang bukan anti Islam. Gerakan Islam juga dilihat seharusnya membawa bersama isu2 global seperti hak asasi kemanusiaan dan alam sekitar. Panel seterusnya menyatakan betapa pertembungan antara dunia Islam hanya mendatangkan kerugian. Contohnya, pertumbangan antara salafi dan khalaf yang munculnya bermusim. Hizbul muslimin umpamanya, mampu menyatukan golongan tua dan muda, seharusnya dijadikan contoh. Panel akhirnya menyimpulkan, melalui demokrasi, negara barat dapat menerima sistem ekonomi Islam, maka mengapa tidak sistem yang lainnya. Maka kita perlu berusaha untuk implementasi sistem lainnya bermula sistem poltik Islam.

Dari gerakan ke negara, panel kedua membincangkan gerakan Islam dan demokrasi di Indonesia. Katanya, PKS semakin utuh dengan membawa ketengah isu2 nasional. Apa yang menarik perhatian adalah PKS sendiri banyak menggunakan tenaga pemuda dan mahasiswa sepertimana permulaannya.

Panel ketiga membincangkan tajuk dari perspektif negar turki. Negara turki sememangnya sudah popular dengan sekularismenya namun belum lagi popular dengan Islamismenya dewasa ini. Menurut sejarah, 1924 bermula pembikinan negara kemalisme dengan kejatuhan khilafah Islamiyyah. Kejayaan mustafa kemal terserlah dengan pengisytiharaan negara turki sebagai negara sekular dalam perlembagaannya pada 1937. Cukup dengan pengharaman pemakaian tudung dan azan dalam bahasa arab utk menunjukkan kritikalnya sekularisme di turki. Kejayaan ini antara lain adalah dengan penguasaan sistem pendidikan. Pengalaman panel sendiri pernah melawat negara berkenaan lebih kurang sepuluh tahun yang lalu dan mendapati lambakan masjid di satu bandar sehingga dipanggil 'bandar 1000 menara', namun kehadiran jemaah di masjid untuk solat subuh hanya 5 orang. Berbeza keadaannya pada hari ini, yang mana kehadiran ke masjid untuk solat Subuh adalah sebanyak kehadiran solat Jumaat. Panel katanya terpaksa meletak kereta sejauh 1 km dan berjalan ke masjid kerana ramainya kereta ahli jemaah masjid meletakkan kenderaan mereka untuk solat subuh.

Antara faktor kejayaan Islamisme di Turki adalah sistem politiknya. Politik di Turki tidak seperti 'stabil'nya politik di Malaysia lantaran lambakan parti di negara tersebut. Kerajaan negara adalah kerajaan campuran. Kalau di Malaysia orang yang memperjuangkan Islamnya sering ber'gaduh' dan memenangkan golongan politik yang lain, di turki golongan liberal yang bercakaran sesama sendiri sehingga memenangkan gerakan Islam. Gerakan Islam mengalami jatuh bangkitnya untuk memenangi hati rakyat. Spertimana Indonesia, parti Islam di Turki juga mendapat kemenangan dengan menengahkan isu bersifat nasioanal. Bermula dengan CHP dan kini AKP, parti Islam akhirnya berjaya memerintah turki melalui demokrasi negara tersebut dan mula menghakis unsur2 sekular di negara berkenaan.

Diskusi yang sangat menarik tetapi sayang berlalu dalam masa yang singka. Ust Ridhwan Mohd Noor, pengarah program berjanji utk mengadakan konvensyen siri yang seterusnya sebagai wacana ilmiah ahli gerakan Islam.

Apa yang menjadi persoalan di minda penulis ketika ini ialah, jikalau kita menguasai negara dengan membawa ketengah isu-isu masyarakat, tetapi tidak dapat mempengaruhi rakyat tentang keindahan Islam, adakah matlamat kita tercapai?
Saya pasti semua mempunyai pendapat masing2.

Konklusinya, sistem demokrasi di negara Islam adalah sistem yang relevan yang boleh digunakan oleh gerakan Islam di seluruh dunia sebagai wasilah untuk membawa Islam di mata dunia.

Sabtu, 13 Mac 2010

muslim super!

alhamdulillah, berjaye mndapatkn refreshment stlh 2 mggu mnggalkan kampus!

sehari suntuk mendengar pmbntangan krtas kerja d hujung mggu ni memang berbaloi. terima kasih kepada krew i luv islam yg tlh mngnjurkan seminar muslim super sbntar td.

intro

byk input menarik yg boleh dikongsikn dengan sahabt2. pertamanya, sblm ini aku tidak pernah berjumpa dgn pnaung krew iluvislam; sekadar mengetahui namanya shj. khadirannya utk merasmikan seminar ni membuatkn aku terkesima dan teruja. rupa2nya mohd nurul imran koyube adlh pemuda yg hampir sebaya dengan aku.tercabar juga rasanya betapa dia berjaya membuat impak yg besar dlm dunia dakwah dlm usia yg muda. apa yg lebih menarik adalh apabila ucapannya yg singkat itu tlh mendapat pujian drpd timblan menteri pengajian tinggi yg hadir sbg pembentang kertas kerja yg pertama - datuk saifudin abdullah. kata datuk; "ucapan sdr imran yg ringkas tp padat sebentar td lbih baik daripada ucapan 18 daripada 20 vice chancelor ipta seluruh malaysia. dan saya nyatakan ini tanpa sebarang kemaafan". mengapa demikian? kerana ucapan sdr imran berkisar tentang pembinaan ketamdunan islam, sedang yg lain hny berkisar ttg pmnbgunan material semata.


slot1: akademik

pendapat datuk saifudin ttg ucapan sdr imran sbntr td tlh memberikn aku pndagn yg sgt baik trhadp datuk sndiri sbg seorang ahli politik, lantas membri lbh smngt utk mendengar pmbntgn beliau seterusnya. pmbntgn pertama byk berkisar ttg ilmu, ilmuwan dan keilmuan, berdasarkn artikel yg prnah beliau tulis brtajuk 'jgn bunuh intelektual'. datuk tlh mngambil takrif ilmu drpd syed naquib al-attas; maklumat yang benar dan bermakna. benar sr segi konteks dan sumbernya, bermakna dlm erti kata berguna kpd diri dan masyarakat.

datuk ada memetik karya Frank Furedi dlm buku 'where have all the intellectuals gone?'; menekankan ttg kehilangn ilmuwan yg sebenar yg membudayakn imu dan menggunakan ilmu utk menyelesaikn mslh, buku atas tujuan material semata-mata. hr ini ramai yg bergelar profesor dan pengkaji, tetapi tidak memberi kesan kpd masyrakat.

suka dgn konsep budaya ilmu, iaitu masyarakat yg meletakkan ilmu dan ilmuwan di tmpat yg tertinggi, sentiasa menuntut, mengembang dan mengongsi ilmu, serta setiap keputusan adlh berasaskn ilmu.

slot soal jawab juga tidak kurang menariknya. seorang melayu kelahiran arab saudi menceritakn ttg kbaikn sistem keilmuan yg ada di Malaysia spt usrah. sempat dia berseloroh dgn mengatkn malaysia sbg negara islam contoh, bleh pegi usrah, blaja agama, pegi masjid dan bleh pegi kelab malam, konsert dsb. islam hadhari katanya. soaln kedua, datuk mempersetujuinya, ttg usrah dan mento mentee. beliau malah berasa hairan dgn pihak yg mudah melabel dgn kegiatn peljar, dan sgt mengalukn penghujahn ilmu melalui bidato, debat dsb. soaln terakhir drpd seorang dr yg memperihlkn ttg ngr mesir; ilmunya di udara, ttp peradabnnya tiada. juga berkaitan dgn pelajar medic yg sukses dlm akademik, ttp gagal dlm praktikal, sehingga menybbkn pelajar yg mampu bergaul lbh baik dlm msyrkt dan lbh baik praktikalnya tidak dapat mengambil program medic.

slot2: profesional

slot yg bersifat provokasi, disampaikn oleh en norden mohamed, ketua editor akhbar sinar harian. menyentuh 4 aspek; fizikal, mental spiritual dan 3 dimensi.

aku lebih tertarik utk berkongsi ttg 3 dimensi. yg pertama, perubahan. Perubahan trbhg kpd 3; evolusi, reformasi dan revolusi. evolusi, perubhn ygperlahn dan berterusan. reformasi, perubahn yg drastik. revolusi, perubhn yg drastik dan berterusan.

minda; kecil, sederhana dan besar. minda kecil; org yg bercakap ttg manusia. cthnya, bercakap ttg artis, mengumpat dan memsensasikan perihal kegiatan manusia. minda sederhana; org yg bercakap ttg isu dan suasana. apa yg sedang berlaku, itulah yg diperkatakan.minda besar; org yg bercakap ttg idea, ilmu. inilah minda seorng ilmuwan. seorg profesor, kalaupun ijazahnya berlambak, ttp sibukberkata ttg suasana dan manusia, bukanlah dia seorang intelektual. seorg pemandu teksi, ttp sibuk berkata ttg ilmu dan idea2 baru, inilah intelektal sbnr.

cinta; fizikal, emosional dan spiritual. cinta fizikal; cinta pandang pertama. cinta kerana paras rupa. cinta yg tidak kekal lama. cinta emosional; setelah wujudnya ikatan dan pergaulan. setelah adnya masa bersam. namun juga tidak kekal lama. cinta spiritual; cinta sejati, cinta kerana ilahi.

usia; biologi, psikologi dan spiritual. biologi, usia natural, usia kehidupan manusia normal yg dpt dilihat dgn pandangn mata kasar. usia psikologi; usia cara berfikr, kematangan. usia spiritual; amalan ibadah sehariannya.

juga suka utk berkongsi ttg 'kita mangsa pecah perintah'. pemikiran kita telah diselaraskan dengan peta politik yg diguna pakai sekarang,sedang peta lainnya tidak dihiraukn. peta politik ini yg mmberikan impak jurang persaudaraan islam sebenar. org malaysia tidak lg menghiraukn mangsa peperangan palestin, mahupun di selatan thai. budaya menjadi 'hak milik' negara, sedang kita tidak melihat peta budaya yg ada. kita serumpun. kita saudara. kalau lihat peta agama, alangkah besarnya negara kita.

Isnin, 8 Mac 2010

knights templar knights of christ - prolog

~fakta rahsia tang tak diungkap the da vinci kod~

prolognya menceritakan serba-serbi tentang novel 'The Da Vinci Code' karya Dan Brown yang berjaya menggemparkan dunia Kristian Katolik dan Vatikan. Betapa tidak, jualan novel kontroversinya yg akhirnya menempatkan beliau ditangga keenam di atas penulis novel Harry Potter; J.K.Rowling,tlh memaksa pendokong gereja katolik untuk menulis dan memperbetulkan spekulasi yg dibuat Dan Brown menerusi novelnya; dikhuatiri ramai penganut kristian akan terpersong.

tentu sekali fakta ttg nicea councilmenjadi perhatian. Nicea Council adalah kaunsel yg diadakan bg membincangkn perkara2 penting dalam doktrinisasi kristian. Nama nicea diambil sempena tempat diadakan perbincangan tersebut. Kaunsel yg menyaksikan perdebatan hebat ini walaubagaimanapun tidak dihadiri oleh paus sylvester, paus kristian ketika itu. Perdebatan antara dua puak iaitu unitarian dan trinitarian telah membabitkan beberapa perkara penting tentang akidah kristian termasuk ketuhanan Jesus. unitarian berpegang kepada keesaan Tuhan dan jesus sebagai pesuruhNya manakala Trinitarian menyokong Jesus sebagai anak tuhan dan wujudnya bapa tuhan dan ruhul qudus yang sehingga kini tidak dapat dijelaskan secara logik. Kaunsel yg dikuasai puak pagan telah dimenangi oleh puak trinitas dan mereka telah memilih 4 kitab injil manakala lebih 200 kitab yg lain dibakar dan dilupuskan termasuk barnabas dan pilip yang diceritakan dalam Da Vinci Code. Fakta ini jelas mampu menggoyahkan aqidah seorang kristian.

fakta lain adalah berkaitan marie magdalene yg disebut Dan Brown sebagai isteri Jesus. Marie magdalene pada asalnya dipercayai kristian sebagai seorang pelacur dan perempuan murahan. Namun, fakta marie magdalene sbg pelacur hanya diambil drpd ucapan Paus Gregory pd 591M dan bukan drpd mana2 kitab bible. marie magdalene bagaimanapun muncul ketika waktu2 penting dlm sejarah jesus; ketika jesus di salib dan dia sbg orang pertama yg melihat kebangkitan kedua jesus. kepercayaan marie magdalene sbg isteri jesus jelas bertentangan dgn dogma asal kristian; yang mana mereka percaya bhw kebangkitan semula jesus adlh bhgn penting dlm doktrinisasi kristian.namun, dan brown bertindak mengatakan marie magdalene adlh isteri jesus berdasarkan kitab pilip dan lukisan Da Vinci, dan holy grail adlh darah keturunan jesus yg menjadi rahsia yg dipelihara oleh kesatria templar.

krisis jantina juga berlaku apabila umat kristian berpegang pd pewaris gereja hendaklah seorang lelaki.Namun, dan brown mengatakan marie magdalene tlh mewarisi gereja di perancis stlh jesus disalib. apatah lg selama ini umat kristian percaya bahawa gereja jesus telah diwariskan kepada st peter yg didirikan di rome, bukannya marie magdalene.

the da vinci code juga menyatakan bahawa vatikan selama ini tlh menyokong aktiviti opus dei yg secara mudah membunuh utk mencapai matlamat dan menjalankan ritual khusus iaitu menggunakan cilice utk mendekatkan diri kepada jesus

namun demikian, buku hasil nukilan rizki ridyasmara ini bukan membongkar fakta dlm karya dan brown tersebut, tetapi membongkar fakta di luar novel the da vinci code; fakta2 yg banyak mencorak sejaraj dunia abad2 yg lalu.


Isnin, 21 Disember 2009

Pakcik Teksi

Cepat ku bergegas mengejar teksi utk segera pulang petang itu. senja semakin lewat. Maghrib mula mengejar. Harap-harap banyak teksi petang ini. Tapi harapan terasa pudar lantas mungkin sekali pemandu-pemandu teksi Melayu sudah mula bertandang ke masjid atau rumah bersiap utk solat Maghrib. Beberapa teksi berlalu mengabaikan lambaian tanganku lantaran berisi penumpang. Aku menghembus nafas lega apabila melihat sebuah teksi rapat ke kiri sebagai respon lambaian ku. Ah, orang Melayu, alhamdulillah..

Road block

"Sini tiap2 hari ade road block" kata pakcik pemandu teksi. Memang benar, jalan menghala ke UIA PJ dari SS2 boleh dikatakan setiap hari ada sekatan jalan oleh polis. Menahan pesalah, sangkaku.

"Diorang cari apa ya pakcik?" balasku.

"Ni nak tahan mat rempit lah ni" kata pakcik. "Mat rempit sekarang ni dah semakin melampau. Bukan setakat merompak dan menyamun, tapi sampai membunuh orang. Tak silap pak cik memang diorang nak tahan budak2 samseng ni lah. Dah banyak sangat kes" tambah pak cik itu. Boleh aku agak, perbicaraan ini akan semakin panjang, walau aku tak bersuara.

"Teruk budak2 muda zaman sekarang, tak berfikir langsung. Samun orang sampai bunuh orang. Dah banyak sangat kes. Lepas tu cari 'benda' tu. Bodoh!" Pasti sahaja 'benda' yang dimaksudkan adalah dadah. Kata-kata pak cik teksi ini semakin tegas dan agresif. Kenapa tiba2 hendak beremosi? Sampai memaki hamun dalam teksi. Terasa aku memberi soalan yang salah awal persembangan tadi.

"Samseng sekarang ni tak 'gentle' langsung. Nak gaduh, pukul orang ramai2. Sekali nak gaduh, bawak 30-40 orang. 40 orang lawan satu, bukan saja orang boleh mati, gajah pun boleh mati macam tu! Kalau zaman pakcik dulu, tak sama macam sekarang ni. Kalau nak gaduh, jadi samseng, jadi betul2. Lawan satu dengan satu. Sekali menyamun, dapat pegi kelab malam kat kl. Baru la orang respek!" Aik, lain sahaja bunyi nya.. "Pakcik tahulah dulu pakcik samseng jugak!" sambung pak cik itu. Aku tersalah teksi, getus hatiku. Bersembang dengan samseng besar aku petang itu. aku istighfar sendiri. Begitu bangga pak cik ini menceritakan keburukan yang pernah dilakukan dulu.

"Lagi budak2 sekarang ni, dah jadi samseng, merompak orang lepas tu main 'tepung'. Tak guna betul! Bagi pak cik, kalau nak jadi samseng, jadi jahat, jadi betul2, tapi kalau dah main 'tepung' tak ada guna langsung. Jadi sampah bercakap saja. Orang tak suka, masyarakat tak suka, negara pun tak dapat manfaat." Alangkah baiknya kalau dia kaitkan terus dengan perihal agama Islam yang bencikan orang yang memudaratkan diri sendiri.

"Pakcik pun ada adik macam tu jugak. jadi samseng, lepas tu ketagih dadah. Mula-mula orang cerita pakcik tak percaya, tapi bila dah nampak sendiri, nahas budak tu! Waktu tu menjerit emak pakcik bila pakcik nak tikam adik sendiri. Pakcik lebih rela mati dari bersaudaarakan penagih dadah." Pakcik ini seorang yang berpendirian tegas, walaupun agak melampau. Lebih baik begitu daripada tidak berpendirian langsung, jangan jadi macam lalang!

Pakcik teksi itu meneruskan lagi ceritanya; "Jadi orang juga akhirnya adik pakcik tu. Kalau nak jadi samseng, waktu muda-muda sudahlah. Kalau dah tua, dah berumahtangga macam pakcik ni, hentikanlah. Kawan-kawan pakcik semua terkejut bila tengok pakcik berubah. Ya lah, kalau nak jadi jahat, jadi betul2. Kalau nak jadi baik, sungguh2 jugalah. ada saja kawan pakcik yang dah tua tapi tak berubah jugak lagi. Baru ni ada yang meninggal sebab dadah."

"sekarang rokok pun pakcik tak sentuh lagi. Ya lah, dah ada anak. Kadang2 pakcik tak cakap apa pun, isteri pakcik yang mengamuk bila anak cuba2 hisap rokok. Katanya; tengok bapak kamu tu, dia tak hisap rokok, kamu nak hisap? Begitu katanya" sambil mengukir senyum, pakcik teksi ini tidak jemu memperihalkan pengalamannya.

Sungguh berbeza pandangan seorang 'mantan' samseng. Aku sejujurnya kurang selesa lantaran Islam tidak disebut langsung dalam sembangnya tadi. Semoga dikurniakan hidayah Allah. Aku juga tidak sempurna. Mungkin sahaja pakcik ini kuat amalan agamanya, cuma tidak tergambar dalam kata-katanya tadi lantaran dipengaruhi emosi. Namun, aku sangat kagum dengan pendirian dan nilai tanggungjawab yang tinggi yang ditonjolkan pakcik ini. Terutama dalam mendidik anak. Sungguh, tidak ramai zaman ini yang benar-benar tegas mendidik anak, zaman moden katanya. Semoga model yang baik dapat kucontohi kelak.

"Pakcik, rumah saya yang di sebelah padang itu." Aku bersuara kembali sambil mengisyaratkan rumahku dengan tangan. Setelah menjelaskan bayaran, aku mengucapkan terima kasih kepada pakcik teksi tersebut. Dia juga berterima kasih kepadaku pada awalnya. Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu; kadang-kadang yang memberi pun berterima kasih. Budi bahasa budaya kita.

"Assalamualikum!"

Jumaat, 27 November 2009

berkorban apa saja~

Sebenarnya, kalaupun kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. menjadi tajuk khutbah aidil adha lagi tahun ni, aku tak kisah. Pengorbanan yang ekstrem, tak pernah jemu untuk didengari. Lagi-lagi bila baca surah as-Saffat; kisah indah disulam dgn balaghah yg menarik menambah iman dan minat membacanya. Sungguh, kalam Allah, itulah yg paling afdhal.

konsep

pergilah ke mana-mana usrah dan kuliah, jihad dan pengorbanan sentiasa menjadi tema tumpuan. nak berubah kena ada pengorbanan. nak maju kena ada pengorbanan.nak ilmu pun kena ada pengorbanan.

no pain, no gain.

Rasulullah s.a.w. bertarung nyawa bila hendak membawa Islam ke seluruh alam. Perjalanan ke Taif, hijrah ke Madinah, perang uhud dan dakwah secara sembunyi memperlihatkan pengorbanan demi pengorbanan yg dilakukan oleh Rasulullah untuk umatnya. Setiap daie dibentangkan dengan ujian yg berkehendakkan kepada pengorbanan. Nabi Adam diuji dgn buah khuldi, akhirnya dipisahkan dgn Hawa. Nabi Nuh diuji dgn keluarga; yg akhirnya derhaka dan terpaksa ditinggalkan sehingga terlanjur menuntutnya dari Allah. Siapa tak sayang anak isteri? Ummu Musa diuji utk meninggalkan anak yg masih kecil. Allah s.w.t. memberi tarbiyah kpd mereka yg disayangiNya. Mengapa tidak kita menerima?

Pegorbanan seorang bapa

hampir setiap bulan, ada sahaja senior2 yg naik pelamin. tidak ketinggalan juga junior2 mahupun rakan sebaya. hidup baru membawa tanggungjawab yg baru. Apapun tahniah kepada yg sudah bergelar suami dan bapa.

Khutbah aidil adha kali ini ketengahkan isu umat dan peranan masyarakat menenganinya. Antara quote yg terkesan:

"Bapa terbahagi kepada tiga kategori: 1) Bapa yg terlalu garang, sehingga menyakiti, memberi tekanan yg besar kpd anak dan akhirnya membawa konsekuensi negatif. 2)Bapa yang dayus, yg tidak berbuat apa apabila anak dan isterinya tidak menutup aurat dan melakukan maksiat. dan jadilah bapa yg 3)bapa yg bersederhana, yg mengajar anak isterinya dan menjadi pagar pengawal amal budi mereka."

Justeru, tanggungjawab sbg bapa sangat memerlukan pengorbanan, untuk melahirkan anak sepatuh Nabi Ismail; memerlukan kesabaran bapa sekental Nabi Ibrahim.

Pemimpin dan pengorbanan

A leader have to give up to go up

Realiti seorang pemimpin: semakin tinggi nilai kempimpinannya, semakin sedikit hak baginya tetapi semakin besar pengorbanan yg perlu dilakukan.

Teringat kisah pemain golf negara; pelajar di sekolahku yg pernah muncul dlm rancangn MILO. Sempat ustazku ditemu ramah dlm rancangn tersebut. Bapa pelajar tersebut telah banyak berkorban utk latihan golf anaknya, sehinggakan pernah menjual kereta utk tujuan itu. Hasilnya, pelajar tersebut menjadi wakil Malaysia memenangi pingat emas dlm perlawanan2 antarabangsa.

Rasulullah sentiasa mnjadi cth terbaik dlm hal ini. Siapa tak ingat dgn perjanjian berat sebelah peristiwa pembukaan kota Mekah. Dlm perjanjian ini, bukan Rsulullah sahaja yg berkorban, malah turut dirasai oleh semua sahabar r.a. Lebih besar pengorbanan, lebih besar hasilnya.

Begitu juga dgn Martin Luther King Jr. Pengorbanan yg dilakukan sehingga beliau telah melupakan dunia dan hak dirinya sendiri.



Berkorban? Pasti!